Pengenalan Blog Tarian Malaysia
0
komen / jawapan / cadangan / penambahbaikan
Blog Tarian Malaysia diwujudkan khas untuk memenuhi tuntutan pengajaran dan pembelajaran di sekolah khas untuk murid-murid tahun 5 seluruh Malaysia. Blog ini akan mendedahkan murid kepada maklumat yang lebih mendalam dan pembelajaran yang lebih terperinci. Penyampaian isi pembelajaran yang berfokus kepada tarian warisan tiga kaum terbesar di Malaysia ini pasti dapat dibantu melalui penghasilan blog ini kerana kandungannya yang mempunyai kesinambungan isi pelajaran yang menggunakan buku teks.
Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan boleh menggunakan blog ini untuk memenuhi aktiviti pengajaran yang akan melibatkan murid secara aktif. Murid pula mampu meneroka sendiri kandungan blog ini untuk mendapatan informasi secara terkawal.
Semoga kewujudan blog ini mampu membantu meningkatkan pengetahuan murid terhadap warisan dan budaya masyarakat di Malaysia dalam usaha memahami dan mensyukuri keharmohian dalam perpaduan rakyat, seterusnya mampu meningkatkan semangat patriotisme dan nasionalisme murid.
0 komen / jawapan / cadangan / penambahbaikan:
Post a Comment
Anda dialu-alukan untuk menghantarkan sebarang komen / jawapan / cadangan / penambahbaikan. Terima kasih...