Sebuah blog pembelajaran berkaitan tarian di Malaysia. Sesuai untuk semua peringkat umur. Segala komen dan cadangan, bolehlah diemelkan kepada pegawai perhubungan dan grafik menerusi emel: ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih...

Tarian Masyarakat Melayu - Tarian Joget

Posted by Admin 0 komen / jawapan / cadangan / penambahbaikan
Tarian Joget sangat digemari oleh Masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana ia mudah dipraktikkan dan dipelajari. Terutamanya ketika Mandi Safar suatu ketika dahulu di Negeri Melaka, tarian Joget Lambak begitu terkenal. Malah Joget Lambak juga menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian terutamanya di Negeri Melaka.Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian kaum Portugis iaitu Branyo.


Cara Persembahan 
Dalam tarian joget, gerak geri kaki lebih penting daripada gerakan tangan. Tarian Joget di tarikan dalam satu kumpulan pergaulan yang terdiri orang tua,muda,lelaki dan wanita secara berpasangan.Orang yang sedang menari dikatakan berjogetatau bertandak sementara pengiring tarian dikatakn pencak joget. 

Dalam pesta-pesta keramaian,penari lelaki berjoget akan mengembing atu mempelawa (menjemput) penari wanita agar berjoget dengannya.Tetapi dalam persembahan joget di atas pentas terdapat 3 atau 4 pasangan penari joget dalam satu-satu persembahan. 

Pakaian Joget 
Pakaian penari joget lelaki ialah sepasang baju Melayu lengkap dengan songkok dan samping.Sementara pakaian wanita ialah kebaya labuh serta sanggul atau bunga diatas kepalanya.Warna-warna pakaian lelaki dan wanita biasanya seragam untuk menimbulkan keserasian dan kesenian tarian joget.

0 komen / jawapan / cadangan / penambahbaikan:

Post a Comment

Anda dialu-alukan untuk menghantarkan sebarang komen / jawapan / cadangan / penambahbaikan. Terima kasih...