Sebuah blog pembelajaran berkaitan tarian di Malaysia. Sesuai untuk semua peringkat umur. Segala komen dan cadangan, bolehlah diemelkan kepada pegawai perhubungan dan grafik menerusi emel: ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih...

Tarian Masyarakat India - Bharata Natyam

Posted by Admin 0 komen / jawapan / cadangan / penambahbaikan

Tarian ini merupakan gaya tarian klasik India yang paling banyak diamalkan di Selatan India. Bharata Natyam sebagai bentuk tari dan muzik Carnatic menetapkannya dalam Bhakti. Bharata Natyam dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual, upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan. Gerakan penari Bharata Natyam yang asli menyerupai gerakan api.

Cara Tarian Bharata Natyam 
Tarian ini dianggap sebagai tarian api. Biasanya tarian ini diiringi dengan muzik klasik Carnatic. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan. 

Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya. Seorang penari profesional tarian ini harus mempunyai beberapa sifat, antaranya kelihatan muda, langsing, bermata besar, berkeyakinan diri, berkeupayaan mengikut alunan muzik dan menyanyi. 

Pakaian Bharata Natyam 
Dari teks zaman dahulu, kita dapat melihat bahawa pakaian asli tidak menutupi sebahagian besar badan penari Bharata Natyam. Pada zaman pertengahan, amalan dan kepercayaan tok-tok alim menyebabkan devadasis memakai pakaian sari yang khusus dan berat yang sangat membatasi gerakan penari. Muzik iringan untuk Bharata Natyam ialah muzik Carnatic gaya India Selatan. Biasanya kumpulan pemain muzik Carnatic menggunakan instrumen iaitu mridangam (drum), nagaswaram (paip panjang berbentuk tanduk yang dibuat daripada kayu hitam), suling, biola dan veena (alat muzik dengan tali yang dimainkan dengan menyentuh tali-tali dengan penggesek yang berkait dengan Saraswati, dewi Hindu. Bahasa Tamil, Telugu, Kannada dan Sanskrit biasanya digunakan dalam Bharata Natyam.


0 komen / jawapan / cadangan / penambahbaikan:

Post a Comment

Anda dialu-alukan untuk menghantarkan sebarang komen / jawapan / cadangan / penambahbaikan. Terima kasih...